Mutiara Seaview Resort l Kuantan, Pahang
YouTube review :
Hi guys! Ok kalini saya nak review tempat percutian luar Selangor/KL pulak. Setelah sekian lama tak dapat interstate, jadi kali ni kami pilih percutian pantai di Kuantan. Resort ni terletak di Balok. Tepi jalan utama. Senang nak keluar untuk cari makan dan keperluan. Terdapat 3 jenis chalet di resort ini, seaview, pondview dan sea + pond view. Tapi seaview chalet hanya terdapat 2 unit sahaja. Jadi dibawah adalah review saya untuk seaview chalet.
Kalau nak booking/pertanyaan boleh visit FB Mutiara Seaview Resort
Stay : October 2021
Room type : Seaview Chalet
Rate : RM250/room/night
Star saya bagi :
Check in/out : 10/10
– Check in jam 2, check out jam 12
– Keduanya smooth.
Kami sampai jam 2 petang, terus anak owner chalet datang sambut kami. Terangkan tentang baki payment dan collect deposit RM100 untuk 2 unit Chalet kemudian serahkan kunci. Rasa welcoming sangat
Staff : 10/10
– Service sangat terbaik. Friendly dan mudah dihubungi. Sempat bertemu dengan owner juga. Owner sangat peramah.
Room : 10/10
– Dapat kunci terus serbu bilik. Bilik pertama kami request room deco sempena birthday mak. Sebelum sampai anak owner cakap sorry sebab dia deco simple sangat. Saya pun tak kisah sebab mak saya simple je orangnya. Tapi bila sampai, tak nampak pun simple. Sangat cantik deco dia. My mak happy sangat. Sebab kami suprise kan dia. Dan deco nya sangat2 cantik. Tak sesimple yang saya bayangkan. Terbaik
– Bilik sangat luas dan bersih. Dua2 bilik dilengkapi katil king dan aircond. Bantal dan tilam yang empuk. Persis hotel 4/5 bintang. Ada extra tilam dan sofa bed. Jadi bilik ni boleh stay dalam 3/4 dewasa.
– Ada ruang dapur kecil, dilengkapi singki, microwave, peti ais dan set pinggan cawan sudu garfu. Dapur masak tidak disediakan.
– Bilik air kecil sedikit. Dilengkapi water heater dan simple toiletries.
– Sebuah almari diletakkan sebelah katil. Sejadah juga disediakan. Tv juga ada dan ada banyak chanel.
– Balcony ada meja dan kerusi. Boleh lepak2 sambil layan view pantai.
– Chalet direct view pantai. Jadi akses ke pantai sangat dekat. Depan chalet juga ada wakaf yang boleh duduk sambil layan view.
Facilities : 10/10
– Ada bahagian BBQ. Luas tempat nya menghadap pantai. Sewa RM200. Dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan. Tinggal bawa makanan sahaja.
– Jangan lepaskan peluang sewa ATV dan kayak. Petang2 air surut kami bawa ATV menyusuri tepian pantai yang landai. Pagi2 air pasang kami sewa kayak sambil layan sunrise. Kami request nak sewa 6:30 pagi pun dorang layan
– Di laluan sebelum masuk resort, ada kolam memancing. Jadi kaki pancing boleh pilih nak memancing di kolam atau pantai.
– Depan chalet ada kawasan yang luas. Kat situ ada buaian, ada kerusi, ada wakaf. Sangat instaworthy! untuk lebih detail boleh klik link video YouTube saya
– Swimming pool tiada.
Parking : 10/10
– Direct parking depan chalet. Nak ambil barang atau keluar senang. Luas dan selamat
Overall saya sangat sangat sangat puas hati dan recommend Mutiara Seaview Resort ni. Terasa rugi sebab menginap 1 malam je. Ingat nak tambah 1 malam lagi, tapi tak dapat sebab esoknya dah fully booked. Untuk yang suka direct akses ke pantai, boleh try seaview chalet. Tapi kalau sea+pond view pun still tak jauh dari pantai, tetap nampak pantai. Surely saya akan datang kembali bawa family pula untuk menginap di sini
Untuk view lebih jelas boleh enjoy YouTube review saya
Penulis:Β Atikah Nur
Sumber:Β Group Hotel Review Malaysia