Salam semua. First time tergerak hati nak bagi review.
Percutian ke Kuantan, Kuala Terengganu dan seterusnya ke Melaka pada cuti CNY baru-baru ini. Untuk post kalini, saya akan share review Hotel Paya Bunga, Kuala Terengganu.
Check In & Check Out Date : 30/1/22 – 1/2/22
Booking Melalui : Direct Hotel
Jenis Bilik : 4 Bilik Deluxe King & 1 Family Suite
Harga : RM175/ malam & RM375/ malam
Disebabkan saya booking direct hotel, hotel minta saya full payment utk total penginapan semasa booking. Transfer duit dan email proof payment. (Saya anggap selepas mereka terima email saya beserta proof payment, mereka akan balas email tersebut tapi tiada balasan dan saya call mereka untuk notify).
Hari check in saya sampai hotel lebih kurang jam 3.00 petang (standard time untuk check in). Saya tak cuba untuk minta early check in walaupun dah sampai KT awal. Pergi makan dulu sementara tunggu jam 3pm. Untuk makluman, hotel ni terletak di tengah bandar KT dan berada di bangunan UTC.
Parking
Since hotel ni dalam bangunan UTC, maka parking hanya dikhaskan di Level 6 sahaja. Level 5 milik LHDN dan ada notis kereta boleh di clamp jika parking di kawasan tersebut. Bayangkan ketika hotel penuh, so aras 6 sahaja mmg tak cukup. Nasib baik masa tu cuti CNY panjang so mmg office di UTC tak buka. Bolehlah tumpang park. Dari tingkat 6 nak ke lif ke lobi akan lalu kawasan ballroom. Masuk je laluan bau karpet memang menyesakkan dan keadaan tak berapa bersih disitu.
Proses Check in & Check Out
Check Out amat mudah. Cuma pulangkan kad sahaja. Check in saya kena menunggu dalam 5-10 minit sebab hotel nak verify payment saya. Siap kena tunjuk email dan proof payment (walaupun saya dah call untuk notify mereka). Mungkin disebabkan saya dah buat full payment, tiada deposit dikenakan.
Keadaan Bilik
Bilik bersih seadanya (seperti dalam gambar). Untuk bilik saya, Deluxe King, ada terbau karpet yang tak best. Cuma untuk Family suite, keadaan aircond berada di living room yang mana ada ruang antara living room dan katil dipisahkan oleh TV Cabinet. Aircond tak rasa ke katil single.
Keadaan Bilik Air
Bersih dan basic amenities ada. Cuma pendapat saya tak cukup sebab botol shampoo, shower gel kecik sangat. Toothbrush & toothpaste tak disediakan. Satu yang saya tak suka tentang hotel ni adalah toilet dia tak ada pengaliran pengudaraan seperti hotel-hotel lain. Swimming Pool Ada swimming pool dan saya tak sempat guna. Saya juga tak rasa makanan hotel, so tak boleh nak review lah. Signal Wifi quite good.
Point penting yang perlu anda tahu adalah hotel ini merupakan hotel kuarantin bagi mereka yang akan memulakan kerja di sana. Memang bau bilik dan bilik air disanitize. Dari segi staff, pada saya semua okay sahaja.
Itu saja review saya. Harap dapat membantu.
Penulis: Mazura Ahmad
Sumber: Group Hotel Review Malaysia