Search
Search
Review Hotel | Century Pines Resort

Review Hotel | Century Pines Resort

CENTURY PINES RESORT – CAMERON HIGHLANDS

πŸ“Œ LOBBY
– Keluasan lobby luas dan besar
– Check in 20/1/2022
– Check out 22/1/2022
– Deposit rm200
– Banyak sofa untuk duduk jika lama menunggu
– Ada souvenir shop di lobby, jual baju dan cenderahati
– Pines cafe pun di lobby jugak

πŸ“Œ BILIK
– Jenis PINES ROOM
(Boleh klik link https://youtu.be/CNPbSIhIpQo untuk melihat keadaan dalam bilik)

– Katil jenis king, ada sofa dan mini meja bulat
– Dalam bilik ada tv, minuman 3in1, peti ais mini, peti simpanan, almari baju
– Katil, tilam dan bantal semuanya ok, selesa dan puas hati
– Ada balkoni, boleh la lepak tengok permandangan luar
– Iron dan iron board tidak disediakan didalam bilik, tetapi disediakan bilik khas untuk menggosok baju, dekat dengan lif.
– Ada wifi untuk setiap bilik
– Arah kiblat ada tetapi sejadah tidak disediakan (bawa sendiri)
– Tv channel biasa sahaja, ada juga channel sukan
– Hair dryer ada disediakan
– Air mineral tidak disediakan didalam bilik tetapi pihak hotel menyediakan air coway di area lif setiap tingkat, ada jug kaca disediakan untuk mengisi air coway tersebut.
– Kipas ada, aircond tak ada, cuaca dah sejuk, kipas pun tak payah nak buka
– Tidak nampak tanda dilarang merokok kat dalam bilik, bekas abu rokok pun ada disediakan, mungkin boleh la kot untuk merokok didalam bilikπŸ€­πŸ˜‚

πŸ“Œ BILIK AIR
– Saiz tidak terlalu besar, sederhana sahaja
– Ada bathub
– Sabun, shampoo, body lotion, ada tersedia dalam bilik air
– Bersih dan selesa

πŸ“Œ Cafe
– Untuk sarapan, Pines Cafe di area lobby
– Menu makanan/minuman lebih kurang sama sahaja seperti hotel2 lain
– Ruang yang luas, banyak meja kerusi disediakan dibahagian dalam dan luar cafe

πŸ“Œ Tiada Swimming pool

πŸ“Œ Gym ada, tapi saiz kecil sahaja, boleh la kalau nak sekadar keluarkan peluh

πŸ“Œ Spa ada tetapi masih belum beroperasi, info dari pekerja hotel, mungkin akan mula beroperasi pada bulan May atau June

πŸ“Œ Parking
– Basement pun ada
– Parking depan hotel pun ada
– Tak pasti ada atau tidak guard bertugas, saya tak nampak atau tak perasan pulak.
– Parking nampak selamat jugak la sebab bukan kawasan yang tersorok, dari bilik pun boleh nampak parking tu

πŸ“Œ Harga
– RM 560 termasuk breakfast dan tax (3H2M)
– Beli melalui agoda
– Harga mungkin akan berubah mengikut tarikh dan keadaan semasa.

Penulis: Wan Abdullah Sani
Sumber: Group Hotel Review Malaysia

CutiMana