Assalamualaikum dan salam sejahtera warga HRM Kali ni nak review homestay tepi sawah. Dah banyak kali try booking tapi tak dapat2, asyik full. Dah rezeki, dapat juga akhirnya.
Lokasi : Asean Homestay, Sungai Besar, Selangor
Tarikh : 13/12/2021- 14/12/2021 ( 2D1N )
Tempahan melalui : Whatsapp terus dengan owner
No of pax : 2 dewasa 1 kanak-kanak
Room : Unit 2 bilik, 1 bilik air
Harga : RM200.00
Deposit : RM50
Check In
*Self check-in, senang ya amat. Sehari sebelum check in, owner akan bagi nombor unit beserta dengan lokasi kunci rumah. Time saya check in, owner berada di luar kawasan, semuanya melalui whatsapp conversation. Senang sangat berurusan dengan owner, nanti dia juga akan share port2 menarik di sekitar homestay.
Check in time : 2.00pm
*Kami dah sampai awal di sekitar Sekinchan dan Sungai Besar, sempat la pi meronda cari makan. Pukul 3 lebih baru check in, mudah je cari guna waze.
Sampai je, terus check apa yg patut, nak pastikan condition rumah semua ok. Lepas belek semua sudut, saya jumpa ada satu lubang kat dinding salah satu bilik, terus snap gambar dan forward ke owner, owner kata dia pun tak perasan lubang tu. Nasib baik la bagitahu owner awal2, kita takut juga..nanti macam2 pulak kena penalty.
Nasihat saya, sesiapa yang check in chalet/homestay, pastikan snap semua gmbar (ruang tamu,bilik,dapur,bilik air) dan pastikan semua barang yang ada dalam rumah tu ok. Kalau ada yang tak ok, cepat2 alert owner, takut jadi macam2 hal nanti.
Dah setel aktiviti spot check, kami buat la apa yang patut, basuh pinggan mangkuk (tak kotor tapi dah terbiasa, nak pastikan semuanya bersih), sapu lantai, snap gambar sana sini..lawa sungguh aihh tepi sawah ni.
Parking
*Park terus depan homestay. Luas kawasan parking dia.
Bilik
*Bersih
*Lantai papan ada tikar getah. Memang look look rumah kampung betul. Port paling best kat dapur sebab padi tengah menghijau time tu.
*2 bilik besar, setiap bilik ada :-1 katil queen-ampaian kain + sejadah-aircond-2 helai selimut
Ruang tamu ada:
-tv-iron
-meja makan jepun
-tudung saji
-kipas
-sofa
Dapur ada:
-peti sejuk
-bilik air/mandi tak ada air panas tapi ok je sebab dah biasa..kita pun orang kampung juga
Bilik air/mandi bersih
-ada sabun mandi sahaj. Yang lain kena bawa sendiri.
Public Pool
– tiada
Breakfast
-tiada, kami pi ronda makan kat situ, banyak port best, jangan risau bab makan.
Dinner – tapau juga dari restauran yg berdekatan
View dan kemudahan
*Memang duduk sebelah sawah, cun sesangat tapi tak banyak gambar sebab cuaca panas sangat.
*Ada basikal di setiap unit, free je, boleh bawak pusing2 homestay
*Gazebo di belakang homestay boleh lepaks sambil minum kopi
*Kolam ikan di belakang homestay, suami pi jugak mancing tapi tak ada luck. Jiran sebelah unit ada juga dapat , tumpang happy pun cukup la.
Overall
*Insyaallah ada rezeki boleh pergi lagi tp kena tunggu time padi menghijau/menguning. Terima kasih kepada owner yang baik sangat2. Itu saja review ikhlas dari saya, kalau ada salah silap saya mohon maaf.
Penulis: Maiza Azlyn
Sumber: Group Hotel Review Malaysia