Search
Search
Review Hotel | Pangkor Laut Resort

Review Hotel | Pangkor Laut Resort

Tarikh menginap : 7-9 November 2021
Harga : RM2.4K (included : 2x breakfast, 2x lunch, 2x dinner & boat transfer) Booking direct website dia dapat package all included ni. Baru berbaloi.
Jenis bilik : Hill Villa (setiap bilik di PLR ni maksimum 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak bawah 11 tahun. Kalau ambil Sea Villa, kanak-kanak tak dibenarkan.

INFO :
Pangkor Laut Resort (PLR) adalah resort 5 bintang yang terletak di sebuah pulau persendirian. Jadi tak bercampur dengan Pulau Pangkor. Orang luar memang tidak dibenarkan masuk melainkan yang dah booking. PLR milik YTL Group di bawah YTL Luxury Resort (ada 4 je di Malaysia). Pernah mendapat title “Number One in The World” oleh Conde Nast Traveller.

CHECK IN :
Segala urusan check in dibuat terus di lobby jeti PLR di Marina Island Pangkor. Nak ke PLR ada jeti khas. So tak perlu bersesak di jeti yang utama tu. Cuma parking khas untuk pelanggan PLR tidak disediakan. Jadi, kena cari parking di sekitar Marina. Masa di lobby lagi kita akan tahu no bilik dan luggage kita jangan risau. Semua akan dibawa terus ke bilik. So melenggang jela. Boat pula kita perlu booking slot waktu beberapa hari sebelum tiba. Saya ambil pukul 12.30 tengahari. Perjalanan dari jeti ke PLR memakan masa 10 minit sahaja. Setibanya di PLR, kita akan disambut mesra dengan staff PLR yang dah sedia awal di jetty. Mereka akan bawa kita ke lobby utama. Di sana, aiskrim mangga diberikan sebagai tanda selamat datang. Di lobby, setiap pelanggan akan dapat seorang staff kira macam butler la. Mereka la yang akan terangkan segalanya dan bawa kita pusing-pusing resort sebelum masuk bilik. First impression, PLR ni memang tersangat cantik! Patut la orang label PLR ni sebagai “Maldives of Malaysia” dan “Little Paradise”.

BILIK :
Saya stay di Hill Villa. Dah namanya Hill, maka villa ni terletak di atas bukit. Tapi tak perlu risau. Ada lift utama disediakan untuk naik ke atas bukit. Gempak! . Keluasan villa 71sqm. Apa yang menariknya, setiap villa ada open bathtub yang luas. So sambil berendam tu kita leh la dengar bunyi-bunyi alam yang menenangkan. Walaupun PLR ni dah berusia berpuluh tahun, tapi design villa dan bilik masih Nampak mewah dan terjaga kerana menggunakan kayu-kayu yang berkualiti. Setiap villa ada balkoni yang luas dan view dia memang cantik! Jika yang berusia, boleh booking Garden Villa. Dan jika nak honeymoon, boleh booking Sea Villa yang diatas laut tu.

AKTIVITI :
One Island, One Resort. Hurm, apa je leh wat? Mula-mula terfikir gak apa aktiviti leh buat kat PLR. Tapi rupanya ada beberapa aktiviti yang boleh kita buat sama ada free atau berbayar :

1. Jungle Trekking : Aktiviti wajib cuba. Kita akan dibawa meneroka hutan di pulau tersebut sehingga ke belakang pulau untuk sampai ke Emerald Bay. Guide disediakan dan trek yang simple dan mengambil masa sekitar 50minit untuk sampai ke pantai. Sepanjang trekking kita akan diberi penerangan dan dapat melihat pelbagai hidupan liar seperti burung enggang, babi hutan, ular, kelawar dan banyak lagi.
2. Mandi : Kat PLR ada 2 swimming pool besar. Satu di Royal Bay Beach Club, dan satu di Spa Village. Tepi sebab MCO, pool di Spa Village ditutup. Pool di PLR luas dan view dia memang lawa teruk. Pool untuk kanak-kanak pun ada.
3. Emerald Bay : Pantai ni terletak di belakang PLR dan sememangnya cantik. Sesuai untuk kanak-kanak mandi kerana air yang tenang dan cetek disamping jernih. Dan disini juga port lihat sunset yang indah. Ada pelantar untuk kita tengok sunset. Nak ke sini, shuttle disediakan.
4. Gym dan Game Room : Dibuka 24jam. Boleh main pelbagai game yang disediakan.
5. Tennis : Gelanggang tennis pun ada. Free je siapa nak main.
6. Yoga dan Tai Chi : percuma
7. Spa : PLR terkenal dengan spa village dia. Antara terbaik di Malaysia. So, sesiapa sukakan spa boleh le cuba di sini. Rate agak tinggi la.
8. Aktiviti Laut : Aktiviti seperti kayak, standing paddle turut disediakan dengan kadar rate tertentu.


MAKANAN :
Seperti yang dinyatakan di atas, pakej yang saya ambil sekali makan. Jadi selama 3 hari 2 malam kami dapat 2x breakfast, 2x lunch dan 2x dinner seorang.
Untuk breakfast di Feast Village. Bagi saya breakfast dia biasa je tapi banyak pilihan buffet.
Untuk lunch, semua pelanggan akan lunch di Royal Bay Beach Club. Yang menariknya, kita dapat pilih starter, main course dan dessert. Comfirm kenyang. Makanan di sini pun sedap.
Untuk dinner pula kita diberi 2 pilihan restoran sama ada Feast Village atau Uncle Lim Rest. Jadi sebab dapat 2x dinner, saya try la 2 restoran ni.
Untuk dinner di Feast Village pun sama. Kene pilih starter, main dan dessert. Pilihan local dan wastern. Kami ambil western food. Rasa? Sumpah sedap! Hahaha.

Dinner kedua kami di Uncle Lim Rest. PLR ni terkenal dengan restoran Uncle Lim ni. Akhirnya dapat gak merasa. Rest ni serve chinese cuisine. Jadi, di sana kami diminta memilih 3 menu. Walaupun 3, tapi portion menu tu boleh makan 3-4 orang! Dapat starter soup n dessert gak. Makanan dia memang sedap. Fav kami Roast Duck! Siapa pergi PLR, wajib makan di Uncle Lim ni. Kami siap dapat free aiskrim dari staff sebab ramah sangat. Hahaha. Thanks Dewi! Untuk pengalaman cuisine di PLR saya kasi full mark! Hahaha. Serius sedap dan kenyang!

HAIWAN : Di PLR banyak haiwan yang boleh kita lihat dan jumpa. Yang sangat mudah nak lihat ialah burung enggang. Kadang-kadang kat balkoni kita tula dia datang bertenggek. Haiwan lain seperti monyet, ular, burung kelawar, biawak, helang, memerang dan banyak lagi. Tapi jangan risau, keselamatan pelanggan sangat diberi keutamaan. Haiwan-haiwan di sini tidak akan menganggu kita. Selain itu, insect repellent juga disediakan di setiap villa.

CHECK OUT : untuk proses check out seawal 11 pagi. Jadi, biar sahaja luggage di bilik, nanti staff akan ambil. Proses check out sangat cepat dan mudah. Sementara tunggu boat datang, kita posing-posing la lagi. Hehehe. Bagi saya, pengalaman PLR memberi satu pengalaman baharu. Dari layanan staff sehinggalah keindahan pulau itu sendiri sangat istimewa yang mungkin tidak sama di tempat lain. Jika diberi peluang, pasti saya akan datang lagi!

Penulis: Ahmad Azim Dato Asri
Sumber: Group Hotel Review Malaysia

CutiMana